Berbekam ( Al-Hijamah)




APA ITU BEKAM (Al-Hijamah)?

☑ Teknik pengubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksik iaitu racun yg berbahaya dlm tubuh) melalui permukaan kulit. 

☑ Toksin ini berada pd hampir setiap org. Toksin² ini berasal dr pencemaran udara, makanan yg banyak mengandung zat pewarna, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun sayuran dll.

☑ Kulit adalah organ yg terbesar dlm tubuh manusia, sebab itu banyak toksik/racun berkumpul. Dgn berbekam dapat membersihkan darah yg mengalir dlm tubuh manusia. 


☑ Inilah salah satu DETOKSIFIKASI (proses pengeluaran toksik/racun) yg sangat mujarab serta tiada kesan sampingan. 


☑ Berbekam sangat berkesan utk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh/badan serta memberi seribu harapan pd penderita utk terus berikhtiar mendapat kesembuhan.

Jenis- Jenis Bekam


1. Jenis Basah (Wet Cupping) atau Bekam Darah,
Permukaan kulit dilukakan menggunakan LANCET (jarum tajam) kemudian sekitarnya disedut menggunakan cupping yang sesuai dengan kawasan yang di bekam selama 2-3 minit setiap sedutan. Untuk mengeluarkan toksid-toksid dalam kulit tersebut, dapat dilakukan sampai 5-8 kali tergantung keadaan pesakit.
Darah yang bertoksid akan nampak hitam pekat, berkaca, berbuih dan menggumpal.
Luka atau bekas sedutan akan hilang dalam 2-3 hari.

2. Jenis Kering (Dry Cupping) atau Bekam Angin.
Kesannya sama iaitu untuk melegakan kesakitan segera tanpa melukakan kulit. Amat baik untuk pesakit yang tidak tahan terkena jarum dan ngeri melihat darah. Cuma kulit akan kelihatan lebam selama 1-2 minggu. Sedutan dilakukan hanya sekali selama 15-20 minit.

☑ Alat Bekam


Pd zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan utk berbekam, manakala org Cina pd zaman kuno menggunakan tanduk. 


Org Eropah pd abad ke-18 menggunakan lintah utk menghisap darah toksik & kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.


Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yg sama seperti pengamal perubatan moden.

☑ Larangan Berbekam


Tidak semua org boleh berbekam krn dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yg mempunyai masalah:
 tekanan darah rendah, 
✿ pesakit kudis, 
✿ perempuan mengandung & ketika haid, 
✿ masalah kulit yg serius 
✿ dlm keadaan sangat letih, lapar & kenyang.


Antara anggota bahagian tubuh yg tidak boleh dibekam ialah 
mata, 
✿ telinga, 
✿ hidung, 
✿ mulut, 
✿ alat kelamin 
✿ dubur.


☑  Kebaikan Berbekam 
♥ Membantu menghilangkan pening & migrain.
 Membantu membuang angin dlm badan, melegakan pernafasan & sistem perkumuhan. 
 Membantu memecahkan lemak, peluh & melegakan demam. 
 Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang & urat sendi di kaki.
 Membantu mencegah kebas kaki & membantu meredakan serangan angin ahmar.
 Mengeluarkan darah toksik & melancarkan peredaran darah yg tersumbat.
 Membantu meringankan tubuh. (Darah kotor yg terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat & malas).
 Membantu menajamkan penglihatan. (Peredaran darah ke mata yg tersumbat menyebabkan penglihatan kabur).


Bekam dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti 
 ketegangan urat, 
 darah tinggi, 
 jantung, 
 kolesterol, 
 masuk angin, 
 migrain, 
 sakit mata, 
 angin ahmar, 
 sakit gigi, 
 jerawat, 
 sembelit, 
 tekanan,  
 buah pinggang,
 dll

Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah: 
  1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri" (Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)
  2. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz" (lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)
  3. Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)
  4. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)
  5. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"(Riwayat Imam Ahmad)
  6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

Semoga pengkongsian maklumat berbekam ini mendapat manfaat bagi yang membacanya..InsyaAllah

Sesungguhnya Penyembuhan Segala Penyakit itu Adalah Dari Allah SWT. Sebagai Hamba Kita Hanya Mampu Berikhtiar..

Wallahua'lam..